Friday, October 17, 2008

.this tells me in what mood i am.




Sunday, October 12, 2008

kehidupan...

ada apa dengan kahidupan. tu lah kehidupan.... kekadang korang tak tau apa akan berlaku, sedang berlaku malah yang telah berlaku. Bukan kerana kita doif mengenai kehidupan tetapi kerana kita tak terlintas untuk berfikir ape yang sedang berlaku...

berhenti..

adakah kita perlu berhenti seketika menjalani kehidupan? berhenti bukan bermaksud dah tak nak hidup lagi. hanya ingin muhasabah diri, memikirkan semula akan perjalanan, membetulkan semula dan mengambil pengajaran akan sebelumnya. aaarrgggghhhhh..... apa perlunya semua tu. renungkan lah... kita hanya manusia yang lemah dan sering melakukan kesilapan. aku buat salah ape??? buat silap aper??? aku ok jer tak pernah wat salah ngan orang??? itu kata kau.... yang mungkin berlainan sama skali ngan pendapat orang lain. egois lawan nya muhasabah diri.

mengadu..

ya Allah yang maha mengetahui segalanya... hanya kepadamu aku mengadu.Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu dan aku redha akan ketentuanmu.

bersabar dan berusaha.....

kehidupan sebuah perjalanan.....kekadang lancar.... kekadang sukar. Tapi apakah kita perlu lari segala kesukaran. Hadapilah..tempuhilah...harungilah segala apa rintangan dengan kesabaran. Sabar itu banyak fadhilatnya. apabila kesabaran didalam diri kita, ia akan menjadikan kita tenang, ketenangan ini akan membuat kita berfikir dengan waras tanpa dipengaruhi mana2 pihak. apabila kita mempunyai pemikiran yang waras, kita mampu berfikir jalan yang sesuai untuk menempuhi segala rintangan dan berusaha lah sedaya upaya.  

apa yang akan berlaku dimasa hadapan adalah berpunca dari kita lakukan sekarang.