
Thursday, August 7, 2008
aDakah cinTa memeRlukan seBab


Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”
Misalnya,
“Aku mahu bersemangat hari ini”
“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”
“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”
Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.
Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.
Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.
Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik. Personally, saya mengamalkan teknik ini setiap hari, di setiap sesi latihan renang, tiap kali berbasikal dan setiap kali menulis blog motivasi.
Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!
Saturday, August 2, 2008
Kecelakaan Organisasi

ORGANISASI yang berjaya didorong oleh beberapa faktor. Antaranya memiliki pekerja yang hebat, mengeluarkan produk bermutu tinggi dan diyakini pelanggan atau diketuai oleh pengurus yang bertanggungjawab.
Sebaliknya jika salah satu faktor tadi tidak tercetus dengan baik, ia tentu menimbulkan kecelakaan. Maka berlaku berbagai-bagai masalah yang mengundang konflik dalam organisasi itu sendiri.
Justeru buku ini memaparkan bagaimana organisasi yang dipimpin oleh orang yang mengamalkan sikap negatif akhirnya menjadi rugi dan kehilangan pekerja.
Beberapa amalan kurang baik itu termasuk kegagalan komunikasi antara majikan dan kakitangan, sikap pilih kasih antara orang bawahan dan atas, kurang semangat berpasukan, bos mempunyai agenda peribadi dan sebagainya.
Buku ini sesuai dijadikan panduan berguna kepada ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, pengurus syarikat, peneraju pertubuhan atau mana-mana individu yang mengepalai sesebuah organisasi.
layari : http://www.scribd.com/doc/3094635/KECELAKAAN-ORGANISASI-SATU-REFLEKSI-KRITIKAL-TENTANG-KEPIMPINAN-DAN-PENGURUSAN
– TARMIZI SELAMAT.
Judul: Kecelakaan Organisasi
Penulis: Gucharan Singh Sandhu
ISBN: 967-69-0672-7
Penerbit: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Source : Utusan Malaysia On-Line
Friday, January 11, 2008
Friday, August 1, 2008
petUa mengHappykan diRi

bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita. Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja. Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga. Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…
1. Niat di hatiKatakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.
2. Ubah pernafasan.Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.
3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!
4. Menyanyi kecilMenyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?
5. Banyakkan istighfar dan zikir Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat!Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!