Saturday, August 2, 2008

Kecelakaan Organisasi


ORGANISASI yang berjaya didorong oleh beberapa faktor. Antaranya memiliki pekerja yang hebat, mengeluarkan produk bermutu tinggi dan diyakini pelanggan atau diketuai oleh pengurus yang bertanggungjawab.

Sebaliknya jika salah satu faktor tadi tidak tercetus dengan baik, ia tentu menimbulkan kecelakaan. Maka berlaku berbagai-bagai masalah yang mengundang konflik dalam organisasi itu sendiri.

Justeru buku ini memaparkan bagaimana organisasi yang dipimpin oleh orang yang mengamalkan sikap negatif akhirnya menjadi rugi dan kehilangan pekerja.

Beberapa amalan kurang baik itu termasuk kegagalan komunikasi antara majikan dan kakitangan, sikap pilih kasih antara orang bawahan dan atas, kurang semangat berpasukan, bos mempunyai agenda peribadi dan sebagainya.

Buku ini sesuai dijadikan panduan berguna kepada ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, pengurus syarikat, peneraju pertubuhan atau mana-mana individu yang mengepalai sesebuah organisasi.

layari : http://www.scribd.com/doc/3094635/KECELAKAAN-ORGANISASI-SATU-REFLEKSI-KRITIKAL-TENTANG-KEPIMPINAN-DAN-PENGURUSAN

– TARMIZI SELAMAT.

Judul: Kecelakaan Organisasi

Penulis: Gucharan Singh Sandhu

ISBN: 967-69-0672-7

Penerbit: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Source : Utusan Malaysia On-Line

Friday, January 11, 2008

1 comment:

azhar said...

kena batang hidung sendiri laa...Didi..slaid yang ko hantar kat e-mail pun leh taruk kat blog nie...